Apa
Itu Usahawan ?
Secara umumnya, usahawan boleh ditakrifkan sebagai
seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif
memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategic untuk
terus berjaya.
Manakala, keusahawanan pula ialah satu proses
mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan
mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat.
Ini bermakna usahawan adalah
orang yang melalui proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui
inkubator idea-idea, penyusunan sumber-sumber dan seterusnya melaksanakannya.
Usahawan yang berjaya
merupakan tunjang utama kemajuan sesebuah negara. Mengikut pendapat atau teori
yang dikemukan oleh David McClellan, sesebuah negara hanya memerlukan tiga
peratus usahawan yang berjaya daripada jumlah penduduk di dalam sesebuah negara
untuk menjadikan negara tersebut sebagai negara yang maju.
Antara usahawan-usahawan
yang terkemuka di Malaysia adalah seperti:-
1.
Syed Mokhtar Al-Bukhari ( pelbagai industry di Malaysia)
2.
Shahril & Shahriman Shamsuddin ( Petroleum dan Gas )
3.
Tan Sri Azman Hashim ( Industri Perbankkan Melayu- Ambank Group)
4.
Wan Mohd Sani ( Perkhidmatan Pengangkutan Bas- Sani
Express)
5.
Tony Fernandez (
Penerbangan Tambang Murah – Air Asia )
6.
Datuk Lee Boon Siew ( kedai kereta terpakai
dan agen pengedar motosikal )
Di sini terdapat beberapa
peranan usahawan di Malaysia. Antaranya ialah:-
1. Menyumbangkan kebajikan dan penbangunan
kepada rakyat.
Lebihan
daripada keuntungan yang diperolehi usahawan akan disumbangkan kepada rakyat
yang tidak berkemampuan. Antara bentuk sumbangan yang diberikan adalah seperti
biasiswa kepada pelajar-pelajar dan bantuan dari segi keperluan kepada golongan
yang tidak bernasib baik. Sebagai contoh, biasiswa yang dihulurkan oleh Yayasan
Azman Hashim yang dianggarkan berjumlah RM 500,000 setahun, akan meliputi semua
yuran termasuk pendaftaran, tuisyen, kediaman dan elaun bulanan.
2. Memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat
Usahawan-usahawan
memenuhi keperluan dan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat. Mereka akan
memberi barangan mengikut permintaan pasaran. Mereka menyediakan barang-barang
keperluan asas seperti makanan,pakaian, dan tempat tinggal. Barangan kehendak
seperti alat komunikasi,gajet dan makanan mewah turut disediakan untuk memenuhi
kehendak di dalam diri yang menginginkan keseronokkan. Contah dapat dililihat
pada pengasas syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia iaitu
Dato Tony Fernandez dengan slogan syarikatnya “Now everyone can fly” yang telah mendapat
sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat di dalam negara ekoran harga
tambangnya yang murah.
3. Menawarkan peluang pekerjaan
Para
usahawan ini amat memerlukan tenaga kerja bagi merealisasikan idea-idea mereka.
Oleh itu, mereka akan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat, di mana
ia sekaligus dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat serta
pembangunan dalam negara. Dengan wujudnya peluang pekerjaan ini, ia juga mampu
mengurangkan kadar pengganguran dalam negara. Peranan ini dapat dilihat pada
syarikat Air Asia yang mengambil peluang dengan menawarkan peluang pekerjaan
kepada juruterbang-juruterbang yang telah dipecat ekoran daripada peristiwa 11
September 2001 untuk berkhidmat dengan mereka. Walaupun skim atau pakej
penggajian yang ditawarkan adalah rendah berbanding syarikat penerbangan
pesaing yang lain, namun juruterbang yang terdesak akan menerima tawaran
tersebut. Kini, Air Asia mampu berdiri sebaris bersama syarikat-syarikat
penerbangan gergasi yang lain.
4. Meningkatkan pendapatan negara
Usahawan-usahawan
yang ada, menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan ekonomi masyarakat.
Dalam masa yang sama, mereka meningkatkan ekonomi negara. Secara tidak
langsung, para usahawan telah membantu ekonomi negara dengan pendapatan kasar
jualan memcecah jutaan ringgit setahun.
No comments:
Post a Comment