Motivasi Menceburi
Bidang Keusahawanan
Menjadi seseorang usahawan
yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kejayaan tersebut dapat
dikecapi oleh usahawan yang gigih dan
bersungguh-sungguh. Bagi individu yang menyertai bidang keusahawanan memerlukan
pengorbanan dari segi masa, tenaga, dan juga wang ringgit.
Berikut adalah kupasan
mengenai faktor-faktor yang mendorong
penyertaan individu dalam bidang keusahawanan:-
1.
Status
Setiap
manusia memerlukan status dan penghormatan diri. Seseorang yang menjaga status
dirinya akan berusaha untuk memartabatkan dirinya di tahap yang lebih selesa
dan tinggi. Usahawan tidak akan dikatakan sebagai seorang yang berjaya
sekiranya mereka tidak mampu menpertingkatkan status kehidupan mereka. Sebagai
contoh, di dalam Teori Maslow, status atau penghormatan diri merupakan elemen
keempat iaitu ia merupakan keerluan untuk dihormati oleh orang lain,
pengiktirafan kepada pencapaian dan prestij.
2.
Kebebasan
Merujuk
kepada seseorang yang berfikiran bebas yang dapat melihat, merebut dan
menganalisi peluang yang ada dengan sendiri. Usahawan yang berfikiran ini akan
sentiasa terbuka mindanya serta tidak mudah dipengaruhi oleh anasir yang tidak
sihat kerana usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Usahawan
akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja
bawahannya sebagai panduan, namun segala keputusan akan dibuat berdasarkan semua pihak yang berkepentingan
dengannya. Usahawan juga seharusnya dapat berfikir secara berdikari dan boleh
mempengaruhi pengikutnya untuk mengikut pendapatnya.
3.
Minat
dan kepuasan diri
minat
yang mendalam dalam bidang keusahawanan akan mendorong seseorang individu untuk
menceburi bidang keusahawanan. Selain minat yang mendalam terhadap bidang
keusahawanan, ramai individu menyertai bidang ini untuk mendapat kepuasan diri
kerana individu akan berpuas hati terhadap kejayaan di atas kebolehan dan
kesungguhan dalam menguruskan perniagaannya. Oleh yang demikian, usahawan yang
meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja keras serta dapat
menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow (1970),
kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang
individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan. Kejayaan yang
diidamkan akan tercapai setelah keseluruhan potensi yang ada mampu
digemblengkan sepenuhnya melalui kekuatan berimaginatif, kreatif dan inovatif.
4.
Keperluan
dan pencapaian
Usahawan
yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat akan lebih
bersedia untuk berhadapan dengan tembok yang cuba menghalangnya daripada
mencapai kejayaan. Usahawan akan berusaha untuk mencapai metlamat bagi kepuasan
dalamannya. Selain itu, usahawan boleh melihat dengan sendiri di manakah tahap
prestasi yang telah berjaya dicapai dan bebas menentukan tahap usaha serta
kelajuan untuk mencapai misi, matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan.
5.
Kuasa
Usahawan
memerlukan kuasa bagi menggerakkan segala sumber ke arah pencapaian matlamat
yang telah ditetapkan.penyertaan dalam bidang keusahawanan dapat membebaskan
individu daripada dibelenggu oleh kuasa-kuasa yang boleh menyekat kepada
pertumbuhan idea yang kreatif. Teori Hirarki Keperluan yang diperkenalkan oleh
McClelland (1961) menyatakan bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi
pengalaman hidup yang lalu. Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal
orang lain, mempengaruhi gelagat individu atau bertanggugjawab ke atas orang
lain.
6.
Berbagi
idea / Perkongsian
Dalam
konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan adalah sumber utama idea
dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik,
peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas.
Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan
berfikiran terbuka.
7.
Keselamatan
Usahawan
lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa perlu kongkongan orang
lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan yang wajar dari kekuatan atau
ancaman kehilangan dalam urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja,
kestabilan ekonomi dan sebagainya. Ia bertetapan dengan salah satu daripada
ciri-ciri usahawan iaitu sentiasa peka dengan persekitaran yang berlaku. Secara
psikologinya, usahawan akan merasakan bahawa diri mereka lebih bersedia, yakin
dan berhati-hati apabila berada dalam persekitaran yang mencabar. Menurut Teori
Maslow, dalam diri setiap individu terdapat lima hirarki keperluan dan aspek keselamatan adalah tuntutan yang
kedua dalam hirarki keperluan manusia.
8.
Keadaan
Politik
Keadaan
politik yang stabil, kukuh, aman damai dan harmoni juga merupakan faktor yang
mendorong seseorang individu untuk menceburi bidang keusahawanan ini. Selain
itu, dasar kerajaan juga yang menggalakkan lebih ramai kaum bumiputera dalam
bidang ini sebagai persiapan ke arah pembentukan Negara Perindustrian Baru
(NEC), Wawasan 2020, Masyarakat daya tahan, daya saing, daya maju dan dinamik.